Ipoh, 21 Julai 2023 – Satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh wakil AJK PACSU terhadap Penolong Kaunselor iaitu saudara Mohd Ridzuan bin Ibrahim yang bertugas di Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perak.
Beliau telah menghidapi penyakit kanser paru-paru dan menjalani cuti sakit di rumah. Turut serta menghadiri lawatan ini adalah pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri.