Terengganu : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pacsu Cawangan Terengganu (2021-2024) Kali Ke 58 Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YDH DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu. Mesyuarat ini diadakan pada 29.05.2023 (Isnin) di Dewan Masjid Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Terengganu (2021-2024) Kali Ke 58 Tahun 2023 turut dihadiri oleh YDH SAC Dato’ Wan Rukman Bin Wan Hassan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, YDH ACP Abdul Rahim Bin Md Din, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dan semua Ketua Jabatan IPK Terengganu/wakil, serta ahli PACSU Cawangan Terengganu termasuk dari BN 9, PSP Unit 6 dan PULAPOL Dungun.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan Sang Saka Biru disusuli bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifly dari PULAPOL Dungun. Seterusnya ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu, Sdra Saufian bin Ngah dan ucapan oleh wakil PACSU Pusat , YBhg Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood Timbalan Presiden PACSU Malaysia.
Ucapan seterusnya oleh YDH DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu, dan merasmikan Mesyuarat Agung Pacsu Cawangan Terengganu (2021-2024) Kali Ke 58 Tahun 2023. Majlis diteruskan dengan penyampaian Cenderahati kepada YDH Ketua Polis Terengganu oleh Pengerusi PACSU Terengganu dan penyampaian Cenderahati kepada Timbalan Presiden, dan Setiausaha Agung PACSU Malaysia oleh YDH Ketua Polis Terengganu.
Seusai majlis diakhiri tersebut, adalah nanyian lagu Sedia Berkhidmat dan sesi bergambar dengan semua ahli PACSU Terengganu bersama YDH DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu.