Majlis Hi-Tea meraikan barisan mantan kepimpinan & AJK tertinggi PACSU Selangor yang diadakan di Klang Executive Club (KEC) semalam.
Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan serta mengingati jasa dan bakti barisan-barisan kepimpinan yang lama dalam PACSU Selangor setelah mereka berjuang dan memberikan komitment tertinggi dalam memastikam PACSU Selangor sentiasa relevan memperjuangkan pelbagai hak pegawai awam khususnya yang bertugas dalam PDRM.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengenang pengorbanan mereka yang memegang kepimpinan lebih dari 10 tahun dan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pegawai awam di kontinjen Selangor.
Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin turut mengambil peluang mengedarkan wang sumbangan kebajikan kepada beberapa orang ahli dalam majlis ini bagi mengurangkan beban yang dialami oleh beberapa orang ahli PACSU di Selangor. Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah bersama dan semoga ia menjadi medium dalam kita berkongsi pengalaman bersama khususnya dalam perkhidmatan bersama PDRM.