Pengerusi PACSU Selangor En Affendi Bin Kamarudin bersama ahli PACSU Selangor Cik Nur’Ashiekien Binti Md Arif dan Siti Laila telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Kongress (CUEPACS) yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob Perdana Menteri Malaysia bertempat di Putrajaya.
Program yang dihadiri Barisan Kepimpinan CUEPACS dan juga kepimpinan PACSU Malaysia adalah merupakan satu program penerimaan pengiktirafan dari pihak kerajaan kepada CUEPACS secara keseluruhannya kerana usaha dan pejuangan dalam mempertabatkan kualiti perkhidmatan pentadbiran awam di seluruh Malaysia.
Tahniah & Syabas CUEPACS serta PACSU Malaysia…