MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 2/2017.

Bukit Aman 30/8/2017 : Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 2/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman yang dipengerusikan oleh YDH Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara. PACSU dihadiri oleh Sdra Mahamad bin Bahrum (Presiden PACSU), Sdra Anuar bin Mamat (Timbalan Presiden) dan Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU) turut hadir mesyuarat iaitu Sdra Sapawi bin Marawi (Presiden SPOCSU) dan Sdri Sapariah binti Sinin (Presiden SPACSU).

Antara isu Pegawai Awam PDRM yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu:-

1. Semakan semula Perjawatan Baru Pegawai Awam PDRM ditangguhkan dahulu sehingga masa yang sesuai
diganti dengan Pengisian kekosongan jawatan PTPON19 seramai 322 orang di PDRM yang diluluskan oleh
JPA;
2. Isu Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat di Cawangan Khas;
3. Tuntutan upah jahit pakaian seragam Pembantu Operasi Gred N11;
4. Isu Perjawatan Baru bagi Gred 16, 18, 28 dan 40 di Jabatan Polis Diraja Malaysia;
5. Isu Perjawatan bagi Gred 14 untuk jawatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam.

WhatsApp Image 2017-08-30 at 08.56.23

WhatsApp Image 2017-08-30 at 08.57.02

WhatsApp Image 2017-08-30 at 09.01.26

WhatsApp Image 2017-08-30 at 09.09.40

WhatsApp Image 2017-08-30 at 09.50.58

,