P
PUTRAJAYA : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus pada pembentangan Bajet 2018.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, jika diluluskan kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.
“Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang”. katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu di sini semalam.