KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai pengumuman bantuan khas sebanyak RM500 dibuat Perdana Menteri walaupun permintaan mereka pada asalnya adalah sekurang-kurangnya RM1,000. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs akan terus memperjuangkan usaha meningkatkan lagi bantuan khas berkenaan pada tahun-tahun akan datang. “Cuepacs berterima kasih pada Perdana Menteri atas pengumuman bantuan khas RM500 walaupun Cuepacs sebelum ini telah merayu kepada kerajaan supaya memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000, mungkin RM500 ini dapatlah sedikit menyelesaikan sedikit permasalahan kumpulan bawahan,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sumber: http://cuepacs.blogspot.my