PUTRAJAYA 5 Mei – Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Pelaksana Am Bil. 1/2017 telah diadakan di Bilik Mesyiarat Utama, Aras 9, Blok C1, JPA, Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
Mesyuarat telah diadakan selama 3 hari mulai 03/05/2017 hingga 05/05/2017. Pada 03/05/2017 diadakan mesyuarat Pra MBK pihak pekerja yang dipengerusikan oleh Datuk Azih bin Muda, Pengerusi MBK Am dan 04/05/2017 telah diadakan Pra MBK dipengerusikan Tn Hj Abdul Jamil bin Abdul Halim, Pengarah Saraan JPA.
Pegawai Kanan PACSU yang terlibat dalam mesyuarat berkenaan iaitu Sdra Mahamad bin Bahrum, Presiden PACSU sebagai Penolong Setiausaha Gred Am dan Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU sebagai Timbalan Setiausaha.
Antara isu PACSU yang dibincangkan iaitu penggunaan kenderaan kerajaan oleh Kesatuan Sekerja telah diluluskan oleh mesyuarat dan Isu Insentif Khas Pentejemah dalam kajian pihak JPA.