SEMINAR HARI PEKERJA 2017 ANJURAN CUEPACS

KUALA LUMPUR: Seminar Hari Pekerja 2017, hari ini memberi fokus kepada peranan penjawat awam untuk memupuk perasaan cinta dan sayang terutama dalam kalangan generasi muda kepada Malaysia. Seminar ini telah berjaya dianjurkan CUEPACS di Hotel Regency, Kuala Lumpur.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata penganjuran seminar ini sebagai usaha untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan serta mendaulatkan negara. Seminar ini juga turut dihadiri oleh kesemua Pegawai Kanan PACSU yang diketuai oleh Presiden PACSU Sdra. Mahamad bin Bahrum.

,