Bukit Aman 26 April 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan satu taklimat diberikan kepada Pesatuan Polis mengenai Pendedahan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan. Cawangan Persatuan PDRM telah menguruska n program ini di Dewan Theatret.
Penceramah iaitu Supt. Amran Bin Yaakob dari AMLA. Semua Pegawai Kanan dan Pengerusi Cawangan PACSU dijemput termasuk Presiden SPOCSU dan SPACSU.5
Banyak input telah diberikan mengenai Akta ini. Antaranya jangan sekali-kali memberikan kepada orang lain menggunakan nombor akaun bank kita. Menjalankan urusan kewangan tanpa urusan yang sah. Contoh main kutu…merupakan satu kesalahan.
Impaknya Akta ini sangat berat antaranya harta dan wang ringgit akan disita dan dibekukan.