KUNJUNG HORMAT PENGARAH JIPS OLEH PEGAWAI KANAN PACSU

Sesi Perbincangan
Bukit Aman 11 April 2017 :
PACSU telah mengadakan satu kunjung hormat kepada YDH Dato’ Abdul Ghafar bin Rajab, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 30, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Perjumpaan ini juga turut dihadiri YDH Dato’ Abd Rahim bin Jaafar, Timbalan Pengarah (Integriti), JIPS dan beberapa orang Pegawai Kanan Polis dari JIPS. Kunjungan Hormat dari Pegawai Kanan PACSU ini telah dihadiri oleh Sdra. Anuar Bin Mamat (Timbalan Presiden), Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden), Y.M. Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung) dan Sdra. Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran). Wakil dari JIPS

Berberapa isu mengenai Pegawai Awam PDRM telah dibincangkan semasa kunjung hormat ini, antara yang dibincangkan adalah mengenai permasalahan pertindihan tugas Pegawai Awam di Bahagian Agama dan Kaunseling, pengisian kekosongan bagi jawatan Hal Ehwal Islam, isu kuota dan syarat pencalonan Anugerah Integriti bagi Pegawai Awam  dan isu kes-kes tatatertib Pegawai Awam PDRM.

 Antara Pegawai Kanan yang hadir

 Wajah-wajah ceria Pegawai Kanan

,