15.02.2021 (MELAKA) – Kali pertama Mesyuarat AJK CUEPACS Negeri Melaka telah diadakan secara maya berikutan kadar jankitan COVID -19 yang tinggi dan menyahut seruan kerajaan bermesyuarat secara maya.
Mesyaurat ini diadakan pada pukul 3.oo petang dan berakhir pada 5.30 petang. Mesyuarat ini diketuai oleh Pengerusi CUEPACS Negeri Melaka iaitu Encik Norman Bin Taib dari ANULAE Melaka dan turut dihadiri oleh Setiausaha CUEPACS Negeri Melaka dan Bendahari CUEPACS Negeri Melaka serta semua persatuan Gabungan CUEPACS Negeri Melaka.
Mesyuarat ini julung kali nyer telah dihadiri oleh Presiden CUEPACS YBhg Adnan Bin Mad dan Setiausaha Agung CUEPACS YBhg Abdul Rahman Bin Mohd Nordin. Tujuan Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan isu – isu semasa penjawat awam bagi negeri Melaka dan perancangan Program bagi tahun 2021 serta Amanat dari Presiden CUEPACS.